Wednesday, December 5, 2007

~Luxury Dubai Palm Island~


























Tuesday, December 4, 2007

~Kau Lelaki, Aku Wanita (Tazkirah ringkas, bacalah)~

KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah
Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg
banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak
larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok
dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah
sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri
dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada
wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

 

Free CursorsMyspace LayoutsMyspace Comments